Buat kak fatin,saya dah baca apa yang akak tuliskan tentang pandangan akak pada saya.. dan tergerak hati saya mahu....
Saya akui yang saya sangat seronok kerana mempunya seorang room mate yang sangat baik mcm akak. Tapi saya akui,semua orang tidak perfect dan kita juga akan alami masalah walaupun kita sudah cuba untuk beralah. Saya minta maaf banyak-banyak kalau saya kecikkan hati akak sampai akak fikir saya tak hormat akak sebagai orang yang lebih tua daripada saya. Maybe because kita adalah room mate kadang kala saya terlupa yang akak adalah lebih tua dan wajar di hormati. Dan seingat saya,dari first sem sampai lah sem kedua sekarang ini,baru first time saya salam tangan akak. That's when saya nak balik masa habis sem pertama... Ya,saya pun rasa saya dah banyak kali kecikkan hati akak,kerana saya tahu saya adalah seorang manusia biasa dan jauh sekali daripada perfect. Maybe kita ini adalah dua orang manusia yang berbeda. Sya harus katakan yang saya juga banyak kali berkecil hati dengan akak. Tapi saya cuba tidak mahu menunjukkan nya depan akak. Ada satu dua kali saya dah tak boleh tahan saya tunjukkan protest saya dengan mimik muka. Saya akui,saya adalah seorang yang amat berbeza dengan akak. Saya suka tidur awal dan dengan keadaan yang segelap yang mungkin. Tapi bila akak nak study,saya endah kan aja dengan keadaan yang terang itu... Saya juga seorang yang tak boleh di tempat yang senyap apabila mahu study,berbeza dengan akak. Tapi tiap kali akak minta saya perlahan kan volume laptop,saya perlahankan. Walaupun itu adalah volume perlahan yang saya sudah set kan. Kalau dulu saya ada earphone,saya akan guna kan earphone itu. Tapi sekarang sudah rosak. Jadi terpaksa lah saya membuat bising di dalam bilik. Kalau akak balik,saya akan perlahankan atau tutup terus lagu itu. Tapi ya,pada hari tu mmg saya dah tak tahan agaknya... saya mmg berkecil hati sangat-sangat saya terus duduk di luar. Tapi mmg tak selesa duduk di ruang tamu rumah kita,akak pun tahu kenapa.. sebenarnya banyak lagi yang saya ingin luahkan pada akak tapi saya fikir tak apa lah,kenapa mahu mencari masalah sedangkan akak adalah room mate saya dan tiap hari kita akan tgk muka masing-masing di bilik... Insyaallah,saya akan cuba mencari seorang yang lebih baik dan berharap room mate saya tahun depan adalah sebaik akak. Insyallah.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ni ape masalah ni...hurmm...
ReplyDelete